Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Klopp dilarang bertemu Southampton

    LONDON, 13 NOV – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp digantung satu perlawanan selepas Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris merayu keputusan yang hanya mendendanya kerana membantah pengadil.

    Klopp pada awalnya didenda £30,000 oleh jawatankuasa bebas susulan bantahannya terhadap pengadil, Anthony Taylor ketika kemenangan 1-0 Liverpool ke atas Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada 16 Oktober.

    FA merasakan hukuman itu terlalu ringan dan lembaga rayuan bebas kini melarang pengendali dari Jerman itu daripada berada di tepi padang untuk satu perlawanan, berkuat kuasa serta merta.

    Klopp dilihat tidak berada di bangku simpanan pasukan ketika Liverpool menerima kunjungan Southampton di Anfield.

    “Lembaga Rayuan bebas membenarkan rayuan FA ke atas keputusan Jawatankuasa Disiplin Bebas berkaitan kes membabitkan Jurgen Klopp.

    “Hasilnya, pengendali Liverpool FC itu digantung daripada berada di tepi padang untuk satu perlawanan serta merta, didenda £30,000 serta diberi amaran.

    “Jurgen Klopp sebelum ini mengakui dia melanggar peraturan E3 FA ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City pada Ahad, 16 Oktober 2022 dan didenda £30,000,” kata FA.

    Klopp membantah keputusan pengadil ketika perlawanan itu selepas Bernardo Silva mengasari Mohamed Salah tetapi tidak dikenakan tindakan.

    Pada September, FA melancarkan kempen Enough Is Enough bagi menangani isu penghinaan di semua peringkat dalam sukan berkenaan. – AFP

    Reaksi Klopp semasa perlawanan antara Liverpool dan Derby County di Anfield, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...