Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kontaveit menang mudah

    SYDNEY, 13 JAN – Pemain nombor tujuh dunia, Anett Kontaveit mara ke separuh akhir Sydney Classic hari ini selepas saingannya, antara 10 pemain terbaik, Ons Jabeur menarik diri kerana kecederaan yang menjejaskan persiapannya ke Terbuka Australia.

    Pemain pilihan keempat dari Estonia itu memenangi set pertama yang sengit dengan 6-4 sebelum pemain Tunisia itu meminta masa rehat perubatan dan selepas rawatan yang panjang kerana kecederaan belakang menyebabkan perlawanan itu dibatalkan.

    Ia merupakan satu kekecewaan besar untuk Jabeur hanya beberapa hari sebelum pembukaan Grand Slam tahun ini. Dia mencapai kejayaan pada 2021, memenangi gelaran perseorangan sulungnya di WTA dan melonjak tangga ke-10 teratas buat kali pertama.

    Kontaveit sekarang akan bermain menentang pemain nombor empat dunia Czech, Barbora Krejcikova, yang telah membelasah pemain Perancis, Caroline Garcia 6-0, 6-2, untuk menjamin tempat dalam pusingan akhir Sabtu nanti.

    “Ia bukan cara yang awda mahu untuk menang dan saya berharap Ons akan sihat untuk minggu hadapan dan kecederaannya tidak terlalu serius,” kata pemain Estonia itu.

    “Set pertama perlawanan sangat kompetitif dan perlawanan sebelum ini pun sengit, serta dia selalu muncul sebagai pemain teratas, jadi ia adalah baik untuk menang set tersebut, membuatkan saya bermain seperti kebiasaannya.”

    Kontaveit sedang melangkah menjadi pencabar serius di Melbourne Park selepas prestasi terbaiknya dalam separuh masa kedua musim lalu, merangkul empat kejuaraan dalam dua bulan sebelum menamatkan dengan gelaran naib juara di Pusingan Akhir WTA menumpaskan Garbine Muguruza. – AFP

    Ons Jabeur telah mengalami kecederaan tulang belakang sehingga terpaksa menarik diri selepas set pertama perlawanan dengan Anett Kontaveit. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...