Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Korban gempa melonjak 268

    CIANJUR, 22 NOV – Angka kematian gempa bumi di pulau Jawa, Indonesia hari ini melonjak kepada 268 orang berbanding 162 orang semalam ketika usaha-usaha mencari dan mengebumikan mangsa-mangsa diteruskan.

    Gempa bumi cetek 5.6 magnitud yang berlaku berhampiran bandar Cianjur, di mana kebanyakan mangsa terkorban. Ratusan lagi cedera manakala berpuluh-puluh lagi dikhuatiri terperangkap di bawah bangunan dan tanah runtuh susulan gempa tersebut.

    Ketua Agensi Mitigasi Bencana Nasional Indonesia (BNPB), Suharyanto berkata sekurang-kurangnya 151 orang masih hilang dan lebih 1,000 lagi cedera. “Keutamaan adalah bagi misi pencarian dan pemindahan mangsa. Apabila respons kecemasan berakhir, kita harap semuanya sudah ditemui,” katanya.

    Rakaman dron diambil oleh AFP turut menunjukkan pemandangan dahsyat tanah runtuh dicetuskan oleh gempa bumi, di mana timbunan tanah-tanah memerlukan pekerja menggunakan mesin berat untuk membuka laluan.

    Presiden Indonesia, Jokowi mengadakan lawatan ke kawasan terjejas dan menawarkan pampasan untuk mangsa. Beliau juga mengerahkan agensi bencana dan penyelamat menggerakkan segera kakitangan mereka.

    Dalam pada itu, Ketua Agensi Penyelamat Nasional Indonesia Basarnas, Henri Alfiandi, berkata ramai yang terbunuh adalah kanak-kanak yang sedang belajar di sekolah ketika kejadian berlaku.

    Sebahagian daripada mereka yang maut adalah pelajar di sekolah pondok, manakala yang lain terbunuh di rumah mereka apabila bumbung dan dinding runtuh.

    Operasi mencari menjadi lebih mencabar kerana hubungan jalan raya dan bekalan elektrik terputus sementara di sebahagian besar kawasan pergunungan di luar bandar.

    Bencana besar itu juga semakin membinasakan apabila sebanyak 62 gegaran susulan terus menggoncangkan Cianjur, bandar berpopulasi 175,000 penduduk. – AFP

    Penyelamat menemui mayat mangsa gempa bumi yang mencetuskan tanah runtuh di Cianjur, Jawa Timur, Indonesia, 22 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...