Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Korea S catat defisit perdagangan tertinggi

    SEOUL, 3 OKT – Korea Selatan dijangkakan mencatat defisit perdagangan yang mencecah paras tertinggi kepada hampir AS$50 bilion tahun ini, susulan peningkatan kos tenaga global, lapor Yonhap, memetik sebuah badan pemikir swasta pada Ahad.

    Defisit perdagangan negara mungkin mencecah sekitar AS$48 bilion tahun ini, kekurangan terbesar sejak data perdagangan yang berkaitan dikumpul pada 1964, menurut laporan Institut Penyelidikan Ekonomi Korea (KERI).

    Anggaran defisit itu lebih daripada dua kali ganda defisit perdagangan bernilai AS$20.6 bilion yang dicatatkan pada 1996, sejurus sebelum negara dilanda krisis kewangan Asia 1997-98.

    Korea Selatan mencatat defisit perdagangan bagi bulan keenam berturut-turut pada September apabila pertumbuhan eksport menyusut, di tengah-tengah kelembapan global dan perbelanjaan import meningkat disebabkan peningkatan kos bahan api. Negara itu mencatat defisit perdagangan sebanyak AS$3.77 bilion bulan lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...