Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kren tumbang, tiga disahkan maut

    HONG KONG, 7 SEPT – Tiga orang maut manakala enam lagi cedera selepas sebuah kren tumbang di sebuah tapak pembinaan di Hong Kong hari ini dengan anggota penyelamat cuba untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah serpihan.

    Seorang lelaki disahkan maut di tempat kejadian di Kowloon selepas mengalami kecederaan teruk sementara seorang lagi meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital, menurut pihak berkuasa.

    Berpuluh-puluh anggota dari Pasukan Mencari dan Menyelamat Bandar dikerahkan ke tempat kejadian, di mana kren tersebut tumbang ke arah beberapa buah tingkat kargo yang digunakan sebagai pejabat sementara, cuba mengeluarkan mangsa ketiga.

    “Kami hanya dapat melihat bahagian bawah badan mangsa, dan dia tidak memberikan sebarang tindak balas apabila kami cuba berkomunikasi dengannya,” kata pegawai perkhidmatan bomba, Yim Ying-kit kepada wartawan.

    “Kren itu sangat berat jadi kami memerlukan pelbagai peralatan dan penilaian risiko sebelum kami menyelamatkan pekerja yang terperangkap.”

    Polis kemudian mengesahkan bahawa seorang lelaki turut maut.

    Kren itu sedang dikendalikan apabila ia tumbang sebelum 11 pagi namun tidak membawa sebarang muatan pada ketika itu, menurut Yim. – AFP

    Anggota penyelamat berusaha mencari mangsa yang dihimpit di bawah kren yang tumbang pada kejadian yang berlaku di Kowloon, kelmarin.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...