Saturday, May 18, 2024
31.2 C
Brunei

    -

    Kupcho, Salas tawan acara berpasangan LPGA

    WASHINGTON, 17 JULAI – Gandingan Jennifer Kupcho dan Lizette Salas secara terkumpul berjaya meraih sembilan di bawah par 61 kelmarin untuk memenangi acara berpasukan Jemputan Great Lakes Bay LPGA dengan lima pukulan.

    Pasangan Amerika Syarikat (AS) itu memulakan kejohanan dengan mendahului empat pukulan dan tidak melakukan sebarang kesilapan pada pusingan akhir best ball di Midland Country Club, Michigan.

    Pukulan 26 di bawah par dilakukan mereka meletakkan pasangan itu lima di hadapan Matilda Castren dari Finland dan Kelly Tan dari Malaysia yang meraih tempat kedua secara solo pada 21 di bawah par dengan birdie Castren pada minit ke-18 untuk menutup lapan di bawah par 62.

    Keputusan itu menyaksikan mereka mendahului Stacy Lewis dari AS dan Maria Fassi dari Mexico, yang mendahului dengan 11 di bawah par 59 tetapi menduduki tempat ketiga dengan 20 di bawah 260.

    Kupcho dan Salas, yang pernah meraih kemenangan dan seri untuk pasukan AS dalam kekalahan Piala Solheim pada tahun lalu kepada Eropah, berkata bahawa keyakinan mereka dalam gandingan tersebut membantu dalam kejayaan mereka pada minggu ini.

    Bagi Salas, ia merupakan pengakhiran kemarau kemenangannya sejak memenangi satu-satunya gelaran LPGA sebelum ini di Kejohanan Kingsmill pada 2014.

    Manakala Castren dan Tan juga merupakan kawan baik sepasukan, dengan Castren bersedia untuk menjadi pengapit pengantin pada majlis perkahwinan Tan pada Disember tahun hadapan. – AFP

    Gandingan Jennifer Kupcho (kiri) dan Lizette Salas muncul sebagai juara dalam acara berpasukan Jemputan Great Lakes Bay LPGA kelmarin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...