Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    KUPU SB anjur Pameran Edukatif Islam

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV – Nadi Al-Qawi Al-Amin di bawah Fakulti Pendidikan Sains Kemasyarakatan telah menyertai Pameran Edukatif Islam yang berlangsung selama tiga hari di Atrium, Times Square, Berakas, baru-baru ini.

    Pameran yang dianjurkan oleh Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) itu telah dihadiri oleh Ra’es KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar selaku tetamu kehormat. 

    Acara pentas hari pertama telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Pengerusi Nadi Al-Qawi Al-Amin,  Fakulti Pendidikan Sains Kemasyarakatan dan mahasiswa Diploma Perguruan Lepasan Ijazah, KUPU SB, Awang Nurhazmie bin Haji Razali.

    Acara diselajurkan dengan ceramah ‘Kesedaran Kesihatan mengenai Penyakit Yang Tidak Berjangkit Di Negara Brunei Darussalam’ yang disampaikan oleh Pegawai Jururawat, Ketua Perkhidmatan Kejururawatan, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Hajah Noor Artini binti Haji Abdul Rahman.

    Aktiviti kemudian diteruskan dengan Taklimat Kawalan Makanan Halal oleh Pegawai Ugama, Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohd Yusnan bin Haji Lamat.

    Antara pameran dan permainan yang telah dikendalikan semasa acara itu ialah ak-tiviti mewarna, teka silang kata, cari perkataan, Maze dan Raise Your Voice! iaitu pandangan warga KUPU SB dan orang awam berkaitan kesihatan, keselamatan dan kebersihan.

    Majlis berakhir dengan bacaan Surah Al-Asr dan Tasbih Kaffarah oleh Timbalan Pengerusi Nadi Al-Qawi Al-Amin, Fakulti Pendidikan Sains Kemasyarakatan, Awangku Ammarul Amsyar bin Pengiran Haji Marjuki.

    Turut hadir ke pameran itu ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU serta Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan bergambar ramai bersama kakitangan dan mahasiswa KUPU SB semasa pameran yang diadakan di Atrium, Times Square, Berakas. – Gambar serahan KUPU SB
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...