Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Ladang marijuana terbesar di Eropah dimusnahkan

    MADRID, 14 APRIL – Penguat kuasa Awam Sepanyol dan polis wilayah Navarre di utara negara itu kelmarin mengesahkan mereka berjaya mengesan sebuah ladang ganja haram terbesar di Eropah, lapor Xinhua.

    Ladang itu ditemui di antara bandar Artajona dan Olite di Navarre, seluas 67 hektar dan mengandungi hampir 415,000 pokok tumbuhan itu.

    Pemilik ladang berkata ia mengeluarkan rami untuk kegunaan industri. Bagaimanapun, penyiasat berasa curiga apabila melihat destinasi akhir tumbuhan itu adalah ke negara seperti Switzerland dan Itali, di mana tumbuhan itu boleh diproses untuk menghasilkan kanabis (CBD).

    Dalam operasi itu, tiga suspek ditahan kerana mengendalikan sebuah gudang besar di Artajona, dilengkapi sistem pengudaraan dan kawalan suhu untuk mengeringkan tanaman itu.

    Anggota polis memintas sebuah trak yang hendak berlepas ke Itali membawa 23,000 pokok ganja kering, manakala kira-kira 13,000 pokok ditemui di dalam gudang itu. – Bernama

    Tanaman ganja. -Gambar dari Weed Review
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...