Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lebih $500 juta diperuntukkan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Sejumlah $573,189,035 telah diperuntukkan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Tahun Kewangan 2023/2024, dengan anggaran perbelanjaannya berasaskan usaha-usaha yang mendukung tiga keutamaan Belanjawan Negara yang telah ditetapkan.

    Peruntukan itu diumumkan oleh Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof semasa membentangkan mukadimah tentang fokus belanjawan JPM pada hari keempat permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang bersidang di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, hari ini

    Yang Berhormat Pehin menjelaskan, keutamaan pertama yang dimaksudkan adalah memelihara kesejahteraan awam di mana JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya akan terus bertindak merangka strategi untuk memelihara kestabilan politik, mempertahankan kedaulatan negara serta menghubungkan keupayaan pertahanan dan keupayaan diplomatik dan juga persediaan negara dalam menangani ancaman keselamatan.

    Keutamaan kedua adalah mendukung pemulihan negara yang inklusif dan berdaya tahan.

    Beliau berkata, secara keseluruhannya, sektor tenaga terus memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi negara di mana sektor tenaga telah menyumbang lebih kurang 60 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, dan menyumbang sebanyak kira-kira 22,000 pekerjaan.

    Keutamaan ketiga adalah pembangunan modal insan yang dinamik, proaktif dan inovatif, yang mana JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya akan terus melaksanakan program-program pembangunan kapasiti.

    Yang Berhormat Pehin memaklumkan bahawa usaha-usaha Tahun Kewangan 2023/2024 itu juga dihasratkan untuk mendukung Program Fiscal Consolidation dalam memastikan perbelanjaan secara berhemah dan berkeutamaan tinggi dengan menekankan value for money dan memastikan kawalan dalaman mencukupi ke atas pengurusan kewangan setiap jabatan demi mencapai hasil yang dihasratkan daripada perbelanjaan berkenaan, sekali gus membantu usaha pemulihan ekonomi negara Fasa Endemik COVID ini.

    Secara kesimpulannya, Yang Berhormat Pehin mengongsikan bahawa JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya melalui strategi-strategi yang digariskan sentiasa bergerak aktif dengan pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation menjurus kepada matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035.

    “JPM akan terus berusaha untuk menguruskan perbelanjaan yang diperuntukkan dengan berhemah dan memastikan setiap perbelanjaan akan menghasilkan impak positif dan signifikan kepada rakyat, penduduk dan negara secara berterusan melalui pelaksanaan keutamaan-keutamaan JPM.

    “Berasaskan itu, JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya, bagi Tahun Kewangan 2023/2024 telah disokong untuk disediakan peruntukan bagi gaji kakitangan dan perbelanjaan berulang-ulang berjumlah $573,189,035,” tambahnya.

    Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua semasa membentangkan belanjawan JPM. – Gambar oleh Bahyiah Bakir
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...