Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Lelaki ditahan tikam pekerja lapangan terbang

    SAN FRANCISCO, 20 JULAI – Seorang pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco telah ditikam kelmarin, dan suspek berkenaan berjaya ditahan, kata polis. Ia merupakan insiden ketiga dalam sebulan di lapangan terbang di selatan San Francisco.

    Mangsa, yang masih belum dikenal pasti, diserang di kawasan Terminal 3 tempat pengambilan bagasi dan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan atas kecederaan itu, kata Jabatan Polis San Francisco dalam satu kenyataan.

    Pegawai berjaya mengesan dan menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan itu, kata polis, sambil menambah bahawa tiada jadual penerbangan yang terjejas. Jabatan polis tidak memberikan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut.

    Pesanan e-mel yang dihantar kelmarin namun tidak dibalas dengan segera. CLEAR, yang menyediakan perkhidmatan keselamatan lapangan terbang, mengesahkan kepada KGO-TV bahawa mangsa adalah seorang pekerja untuk sistem pengenalan dokumen.

    Sementara itu, jurucakap lapangan terbang, Francis Tsang, tidak dapat mengesahkan maklumat itu dan apabila ditanya jika pihak lapangan terbang akan merancang untuk mengetatkan kawalan keselamatan, beliau menjawab bahawa protokol keselamatan Lapangan Terbang telah berusaha untuk bertindak balas dan menyelesaikan insiden yang tidak berkaitan baru-baru ini. – AP

    Pekerja lapangan terbang mengalami kecederaan setelah ditikam oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...