Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Lelaki Iban lafaz Dua Kalimah Syahadah

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PDI

    TEMBURONG, 29 OGOS – Seorang lelaki berbangsa Iban telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis yang diadakan di Pejabat Unit Dakwah Daerah Temburong, hari ini.

    Awang Hafizam anak Gayau, 22, telah memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Hafizam bin Abdullah Gayau.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong, Supt. Haji Irham bin Haji Muhd Arshad.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan lafaz pengislaman oleh Muhammad Hafizam yang disempurnakan di hadapan pegawai-pegawai dari Unit Dakwah Daerah Temburong, Pusat Dakwah Islamiah.

    Kemudian, tetamu kehormat menyampaikan cenderahati kepada saudara baharu.

    Majlis diserikan lagi dengan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada yang diraikan, dan diikuti dengan bacaan Doa Selamat.

    Awang Hafizam kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Muhammad Hafizam.
    Supt. Haji Irham hadir selaku tetamu kehormat pada majlis pengislaman yang berlangsung di Pejabat Unit Dakwah Daerah Temburong, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...