WASHINGTON, 26 MAC – Angka kematian akibat letupan di sebuah kilang coklat di negeri Pennsylvania AS meningkat kepada tiga kelmarin, manakala empat orang masih hilang, kata pegawai tempatan, ketika penyelamat berusaha mencari mangsa yang terselamat.
Para penyelamat masih mengalihkan serpihan runtuhan berikutan letupan petang Jumaat di kilang RM Palmer Company di wilayah West Reading di Pennsylvania.
“Walau bagaimanapun, kemusnahan akibat letupan dan tempoh masa yang telah berlalu, peluang untuk mencari mangsa yang terselamat semakin tipis,” kata Ketua Bomba West Reading, Chad Mayor pada sidang akhbar kelmarin. Rakaman TV menunjukkan api marak di dalam serpihan yang runtuh selepas letupan dan anggota bomba berusaha memadamkannya.
Ketua Polis West Reading, Wayne Holben memberitahu pemberita pada sidang akhbar kelmarin mayat ketiga ditemui di tapak RM Palmer.
“Para penyelamat meneruskan usaha mereka mencari mangsa di bawah serpihan,” kata Holben. Ketua Bomba Mayor menambah bahawa ‘pada masa ini empat individu yang tidak dapat dikesan’.
Punca letupan masih dalam siasatan, kata pihak berkuasa. Menurut laman webnya, RM Palmer telah menghasilkan makanan baharu coklat bermusim seperti gula-gula Hari Kekasih berbentuk hati sejak 1948. – AFP
