Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Liz Chenney pertimbang tanding Presiden AS 2024

    WASHINGTON, 18 OGOS – Ahli Kongres Wanita Amerika Syarikat (AS) Liz Cheney berkata beliau akan mempertimbangkan untuk merebut jawatan presiden AS, sehari selepas kekalahannya dalam pemilihan parti Republikan Wyoming.

    “Itu adalah keputusan yang saya akan buat dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” lapor Xinhua memetik Cheney sebagai berkata dalam temu bual di rancangan “TODAY” NBC.

    Beberapa media AS sebelum ini menjangkakan kekalahan Cheney ketika menentang Harriet Hageman, seorang peguam yang mendapat sokongan bekas Presiden AS Donald Trump. Dengan 99 peratus undi selesai dikira pada Rabu, Hageman mendahului Cheney dengan undian 37 peratus. Cheney memberitahu penyokongnya pada malam Selasa bahawa beliau telah menghubungi Hageman dan menerima kekalahannya tetapi berikrar untuk “melakukan apa sahaja bagi menghalang Donald Trump kembali ke pejabat presiden”.

    Trump mengecam kenyataan Cheney itu. Anak perempuan bekas naib presiden AS Dick Cheney, Liz Cheney telah mewakili Wyoming sejak 2017 dan lantang mengkritik Trump.

    Liz Cheney, 56, adalah antara sebilangan kecil ahli Republikan yang mengundi untuk mendakwa Trump atas peranannya dalam rusuhan keganasan yang tercetus 6 Januari tahun lepas ke atas Capitol AS, dan telah kehilangan pangkatnya sebagai pengerusi persidangan Dewan Republikan kerana kritikannya terhadap Trump. – Bernama

    Liz Cheney semasa berucap dalam satu perhimpunan Hari Pilihan Raya di Jackson. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...