Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Majlis khatam sempena Jubli Intan ABDB

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 FEB – Sempena sambutan ulang tahun ke-60 atau jubli intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Majlis Khatam Al-Quran peringkat Kementerian Pertahanan dan ABDB telah diadakan di Surau Al-Al-Fa’izun, Berakas Garison hari ini.

    Majlis khatam ini juga diadakan serentak di surau-surau Kementerian Pertahanan dan ABDB di keempat-empat daerah termasuk Masjid Pulau Baru-Baru yang masing-masing dihadiri oleh Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat dan peringkat kepimpinan ABDB.

    Majlis berkenaan turut dihadiri dan disemarakkan dengan kehadiran gabungan warga Kementerian Pertahanan dan anggota dari unit-unit ABDB di kesemua lokasi.

    Turut dijemput ialah wakil-wakil dari Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, pejabat-pejabat daerah, para penghulu dan ketua kampung.

    Majlis dihasratkan memberikan suntikan semangat dan galakkan kepada warga Kementerian Pertahanan dan ABDB untuk mencintai dan terus menghayati Al-Quran serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian sebagai usaha kepada memperkukuhkan aspek kerohanian setiap anggota dalam mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir dan rakyat yang celik Al-Quran.

    Majlis Khatam Al-Quran pada tahun ini lebih bermakna dengan penggunaan Mushaf Al-Quran Al-Karim dan terjemahannya terbitan khas sempena Sambutan Jubli Intan ABDB.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi semasa menghadiri majlis tersebut.
    ATAS & BAWAH: Majlis khatam turut dihadiri oleh gabungan warga Kementerian Pertahanan dan anggota dari unit-unit ABDB di kesemua lokasi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...