Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Man City bangkit buru gelaran liga

    LONDON, 16 MEI – Manchester City bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menyelamatkan mata penting dalam keputusan seri 2-2 di West Ham untuk mengekalkan genggaman kejuaraan Liga Perdana Inggeris di tangan mereka kelmarin.

    Ketika berkunjung ke Stadium London, City memerlukan maksimum empat mata daripada dua perlawanan terakhir musim ini untuk menjamin kejuaraan keempat dalam tempoh lima tahun.

    Walau bagaimanapun, The Hammers memanfaatkan sepenuhnya krisis kecederaan City di bahagian pertahanan apabila rentak dan ketenangan Jarrod Bowen meletakkan Liverpool kembali dalam perebutan kejuaraan. Pasukan Pep Guardiola tanpa pemain pertahanan harapan Ruben Dias, John Stones dan Kyle Walker, dengan mudahnya terdedah kepada serangan balas dari pihak lawan.

    Bowen mengejar hantaran dari Pablo Fornals dan mengawal bola mengatasi Ederson lalu meletakkan City di belakang dalam perlawanan liga buat kali pertama sejak Februari lalu.

    City mengulangi kesilapan mereka apabila Bowen memecahkan perangkap ofsaid sekali lagi pada saat akhir separuh masa pertama untuk rembatan rendah melepasi Ederson.

    Gol kedua West Ham mengejutkan City namun mereka tekad untuk mengekalkan nasib gelaran di tangan mereka sendiri.

    Jack Grealish gagal beraksi memenuhi tanda harga £100 juta, tetapi berjaya menyumbangkan gol pertama City empat minit memasuki babak kedua, selepas kebangkitan semula. City kemudian bernasib baik untuk menyamakan kedudukan apabila Vladimir Coufal menanduk sepakan percuma Riyad Mahrez ke gawangnya sendiri.

    Namun demikian, anak buah Guardiola tetap terlepas peluang untuk melengkapkan kebangkitan dan melangkah ke ambang kejuaraan apabila sepakan penalti Mahrez diselamatkan oleh Lukasz Fabianski empat minit sebelum tamat perlawanan. – AFP

    Aksi pemain Manchester City, Gabriel Jesus (tengah), bersaing mendapatkan bola semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...