Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Mangsa kebakaran kelab malam meningkat 16

    BANGKOK, 10 OGOS – Angka kematian daripada kebakaran kelab malam di Thailand meningkat kepada 16 orang, menurut pegawai hari ini, dengan belasan lagi masih berada di hospital.

    Kebakaran berlaku pada awal pagi Jumaat lalu, memusnahkan sebuah kelab malam di wilayah Chonburi, daerah Sattahip, kira-kira 150 kilometer tenggara Bangkok.

    Seorang lelaki berusia 23 tahun merupakan korban terkini, menurut pegawai perhubungan awam wilayah yang mengesahkan perkara tersebut melalui Facebook.

    Kematian semalam ini telah menjadikan jumlah keseluruhan kepada 16 orang, menurut pegawai, dan menambah 16 lagi masih berada di hospital memerlukan bantuan pernafasan.

    Punca kebakaran masih belum diketahui, tetapi petugas penyelamat minggu lalu berkata
    Pada hujung minggu lalu, polis menahan pemilik kelab berkenaan, Pingsiri Panprasng, namun kemudian dia dibebaskan.

    Semasa sidang media minggu ini, dia menafikan laporan bahawa beberapa buah pintu kelab malam itu dikunci semasa kebakaran berlaku, dan meminta maaf kepada mangsa dan ahli keluarga mangsa.

    Kebanyakan mangsa yang terkorban semasa kejadian didapati bersesak-sesak di pintu masuk dan di tandas, mayat mereka melecur teruk, menurut perkhidmatan penyelamat minggu lalu.

    Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha mengarahkan siasatan dijalankan mengenai punca tragedi tersebut. – AFP

    Polis Thailand menutup kawasan sekitar kelab malam yang terlibat dalam kebakaran di wilayah Chonburi Jumaat lalu. Angka kematian akibat kebakaran itu meningkat kepada 16 orang. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...