Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Menyusuri Sungai Brunei bersama keluarga

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Sempena cuti persekolahan dan negara memasuki Fasa Awal Endemik, ibu bapa mengambil peluang ini untuk membawa anak-anak dan keluarga mereka bercuti di dalam negara.

    Selain membawa anak-anak dan keluarga beriadah, ada juga yang mengambil peluang ini menyusuri perairan Sungai Brunei menggunakan perkhidmatan Brunei River Cruise.

    Rombongan keluarga Haji Mohd Isa bin Haji Marsidi baru-baru ini telah memilih untuk menggunakan perkhidmatan Brunei River Cruise sebagai salah satu aktiviti mengisi masa percutian anak-anak.

    Rombongan yang disertai oleh 78 orang terdiri daripada ahli keluarga itu melahirkan rasa teruja terutamanya golongan kanak-kanak yang kelihatan gembira melihat suasana di perairan Sungai Brunei.

    Beliau menjelaskan, perancangan awal untuk membawa anak-anak dan ahli keluarga yang lain menyusuri perairan Sungai Brunei itu sepatutnya dilaksanakan pada awal Ogos tapi disebabkan gelombang kedua penularan jangkitan COVID-19 di negara ini, perancangan tersebut terpaksa ditangguhkan.

    “Dengan perlaksanaan Fasa Awal Endemik sebelum tahun 2021 berakhir, perkhidmatan Brunei River Cruise kembali beroperasi dengan mengehadkan jumlah penumpang dalam satu masa mengikut SOP yang ditetapkan iaitu 75 peratus daripada jumlah muatan sebenar,” tambahnya.

    Aktiviti menyusuri perairan Sungai Brunei itu, dimulakan dengan kumpulan pertama bertolak pada pukul 11 pagi, manakala rombongan kedua menikmati suasana petang dengan melihat keindahan perairan Sungai Brunei. Dengan adanya aktiviti seumpama itu, ia bukan sahaja memberi peluang kepada generasi muda melihat keindahan dan keunikan yang terdapat di Sungai Brunei malah ia secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

    Keluarga Haji Mohd Isa ambil peluang cuti sekolah untuk menyusuri Sungai Brunei.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...