Sunday, April 28, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Monopoli malam minggu kukuh ikatan keluarga

    Kepada sidang pengarang dan para pembaca ruangan khas ini, mari saya ajak awda menyelami tradisi keluarga saya yang penuh warna, di mana, setiap malam minggu, rumah kami dipenuhi dengan suara dadu yang bergolek dan kegembiraan anak-anak yang menjerit kegirangan.

    ‘Monopoli malam minggu’ telah menjadi tradisi keluarga kami, di mana kami belajar tentang nilai wang, strategi dan yang paling penting, tentang menghargai masa yang kami habiskan bersama.

    Dalam setiap permainan, aku melihat bagaimana anak-anakku mengambil keputusan, berinteraksi dan membesar.

    Ini bukan sekadar permainan, ini adalah kehidupan yang kami bagi bersama. Bagaimana pula dengan tradisi keluarga yang awda miliki?

    Myzah

    NASIHAT DANG MP

    Terima kasih kerana berkongsi momen berharga awda bersama keluarga. Secara peribadi bagi saya, tradisi keluarga seumpama ini adalah sangat berharga.

    Ia mengajar anak-anak pelajaran penting sambil memastikan bahawa mereka menghargai masa yang dihabiskan dengan keluarga. Oleh itu, hargailah masa awda bersama keluarga sebaik mungkin.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...