Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    MPK Sg Teraban semarak Hari Raya Aidiladha

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 11 JULAI – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai (Sg) Teraban dan Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Teraban juga tidak ketinggalan menyemarakkan Hari Raya Aidiladha dengan mengadakan majlis ibadah korban, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Mohammad Yassin bin Haji Ahmed yang dialu-alukan oleh Pemangku Ketua Kampung Sungai Teraban dan Pengerusi MPK Sungai Teraban, Awang Zaini bin Haji Kaderi.

    Ketika ditemui, Awang Zaini menjelaskan bahawa majlis berkenaan merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh MPK berkenaan sempena Hari Raya Aidiladha. Menurutnya, ahli-ahli MPK telah bergotong-royong membungkus sebanyak 400 bungkus daging korban.

    Daripada jumlah berkenaan, 20 bungkus diberikan kepada mereka yang terlibat dalam proses pembungkusan yang dijalankan pagi tadi, manakala itu, 40 diagihkan kepada golongan kurang bernasib baik dan fakir miskin di kampung berkenaan dan selebihnya diagihkan kepada penduduk kampung. Pengagihan daging korban berkenaan telah disempurnakan oleh tetamu kehormat bagi pihak MPK.

    Dalam pada itu, sebagai aktiviti seterusnya, MPK Sungai Teraban juga akan menyertai persembahan pentas sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 di Tudong Saji, Kuala Belait.

    Awang Mohammad Yassin menyampaikan agihan daging korban kepada para penerima pada majlis yang diadakan di Masjid Kampung Sungai Teraban, kelmarin.
    Gambar ramai tetamu kehormat, para tetamu dan anggota MPK Sungai Teraban dan Takmir Masjid Kampung Sungai Teraban pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...