Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Naim Daniel puas hati Aqmal dapat No 2

    Meskipun anak didik, Aqmal meraih tempat kedua dalam program realiti terbitan TV3, Ahad lalu, ‘Kapten’ Naim Daniel cukup berpuas hati.

    Bagi Naim, kemenangan bukanlah perkara utama, sebaliknya pengalaman dan ilmu dikutip sepanjang lapan minggu program tersebut berlangsung dianggap lebih berharga.

    “Saya percaya kemenangan ini adalah bukti bahawa usaha tidak pernah mengkhianati hasil.

    “Ramai tahu, Aqmal tidak pernah dipilih sebagai juara mingguan menerusi segmen Persembahan Terbaik.

    “Hari demi hari, Aqmal didatangkan dengan kritikan yang baik, jadi, apa-apa pun, saya nasihatkan agar tidak patah semangat.

    Naim tidak keberatan untuk menghasilkan single duet atau solo buat Aqmal. – Agensi

    “Akhirnya, Aqmal dapat tempat kedua, saya macam terkejut. Alhamdulillah, dengan sokongan semua orang, Insya-Allah kejayaan ini adalah ingatan untuk mereka yang menyokong Aqmal,” katanya kepada BH Online.

    Naim ditemui selepas berakhirnya program Terpaling Juara di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini.

    Pada kemuncak program realiti itu, Ahad lalu, penyanyi otai, Rahmad Mega dinobatkan sebagai Terpaling Juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi.

    Tempat kedua dimenangi Aqmal, Hazami di tempat ketiga, manakala Shaz menyandang tempat keempat.

    Sepanjang lapan minggu bersama, Naim tidak melakukan banyak perubahan dalam teknik vokal Aqmal kerana anak didiknya itu memiliki kekuatan suara yang dianggap melebihi dirinya sendiri.

    Berikutan itu, Naim berkata, dia lebih menekankan faktor rasa dan penghayatan yang disampaikan dalam sesebuah persembahan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...