Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Napoli kekang Barcelona di Liga Europa

    BARCELONA, 18 FEB – Ferran Torres menyempurnakan sepakan penalti untuk menyelamatkan Barcelona dengan keputusan seri 1-1 di gelanggang sendiri menentang Napoli pada perlawanan pertama playoff Liga Europa mereka kelmarin.

    Piotr Zielinski membuka jaringan untuk kelab Itali selepas 29 minit di Sepanyol tetapi Torres menyamakan kedudukan sejurus sebelum sejam melalui sepakan penalti susulan bola terkena tangan Juan Jesus.

    “Mereka masuk ke kawasan kami sekali atau dua kali dan mereka menjaringkan gol, kami mempunyai banyak peluang,” kata kapten Barcelona, Gerard Pique.

    “Perasaan yang baik berbanding keputusan perlawanan. Segala-galanya masih belum ditentukan. Ia adalah perlawanan yang hebat menentang lawan peringkat tinggi.

    “Keputusannya tidak memuaskan, kami ingin mempunyai kelebihan yang lebih besar untuk perlawanan timbal balik.”

    Barcelona bermain Liga Europa buat kali pertama dalam tempoh 18 tahun selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara di peringkat kumpulan. – AFP

    Reaksi Ferran Torres meraikan gol dalam perlawanan antara Barcelona dan Napoli kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...