Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Noorahini terpilih pemenang Wigo

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Dayang Noorahini binti A Rahim bakal memandu pulang sebuah kereta baharu, Toyota Wigo apabila terpilih sebagai pemenang utama kempen cabutan bertuah Digital World Enterprise dengan kerjasama NBT Brunei dalam majlis cabutan yang disiarkan secara langsung dari Regal Blue, Kampung Sungai Hanching, hari ini.

    Hadir membuat cabutan berkenaan ialah Pengarah Urusan Interhouse, Steven Goh dan wakil rakan jenama Canon di Digital World Enterprise.

    Turut hadir selaku saksi ialah wakil dari Yusof Halim and Partners, Awang Azril Anwar bin Ahmad.

    Cabutan bertuah untuk kereta Toyota Wigo berkenaan merupakan yang ketiga diadakan dengan sebelum ini, Digital World menawarkan tiga buah kereta serupa untuk dimenangi, di mana dua daripadamya telah dimenangi awal tahun ini dan yang terakhir diadakan hari ini.

    Kempen Cabutan Bertuah Digital World dengan kerjasama NBT Brunei yang berjalan dari lewat Julai 2021 hingga April lalu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelanggan-pelanggan baharu dan tetap Digital World.

    Steven Goh dan wakil rakan jenama Canon berserta saksi hadir semasa acara cabutan yang disiarkan secara langsung dari Regal Blue, Kampung Sungai Hanching.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...