Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Oggy curi hati panel hakim

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 14 OGOS – Kecomelan seekor kucing Parsi bernama Oggy telah memenangi hati barisan hakim dan pengunjung apabila dinobatkan sebagai yang terbaik dalam Pertandingan Kucing bagi baka tempatan dan campuran, yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan, hari ini.

    Pertandingan berkenaan dianjurkan oleh Institut Wanita (WI) cawangan Daerah Belait dan ditaja oleh Nimanja Brunei.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah ialah isteri pemangku penolong pegawai Daerah Belait, Dayang Nor’Aziah binti Jalani yang dialu-alukan oleh Pengurus WI cawangan Daerah Belait, Hajah Halimah binti Abdul Latif. Turut hadir ialah Pemangku Presiden WI Brunei Darussalam, Hajah Samsiah binti Abdul Latif.

    Pengerusi majlis, Hajah Julia binti Chee dalam ucapannya menjelaskan, pertandingan berkenaan merupakan acara tahunan kumpulan itu sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76.

    Seramai 29 orang peserta telah membawa lebih 80 ekor kucing untuk dipertandingkan dalam pelbagai kategori termasuk jenis baka, seperti Parsi, Siam, campuran dan baka biasa, serta kategori-kategori tertentu seperti paling sihat, terbesar, bulu paling cantik, paling fotogenik dan Best of the Best yang dimenangi oleh Oggy.

    Setiap kucing diadili berdasarkan kriteria dalam kategori masing-masing oleh panel hakim merangkumi ahli-ahli WI cawangan Daerah Belait.

    Majlis disusuli dengan penyampaian medal dan tanda penghargaan kepada Awang Mohd Yunos bin Haji Pungut yang menyumbangkan masa dan usahanya bukan sahaja kepada
    kucing-kucingnya malah kucing liar di sekitar Daerah Belait.

    Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada pemilik Oggy.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...