Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    OneRepublic umum adakan konsert di KL

    Kumpulan OneRepublic akan memulakan siri jelajah Asia mereka pada tahun 2023 dan Malaysia antara negara yang tersenarai.

    Kumpulan pop rock Amerika Syarikat itu dijadualkan bakal mengadakan konsert itu di Kuala Lumpur pada 1 Mac tahun depan.

    Berita gembira ini dikongsi sendiri oleh OneRepublic menerusi laman Twitter rasmi.

    “Asia! Kami sangat teruja untuk kembali pada musim bunga 2023. Tiket akan dijual dalam masa beberapa minggu akan datang.

    “Awda boleh layari laman web kami untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jumpa di sana!,” tulis mereka.

    Konsert tersebut dijangka berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan tiket bakal dijual secara berperingkat.

    Bermula 27 September ini untuk kelab peminat, 28 September untuk ahli Live Nation dan jualan umum pada 29 September depan.

    Sebelum itu, penyanyi antarabangsa ini bakal memulakan siri jelajah mereka di Filipina pada 23 Februari dan seterusnya ke Jakarta, Singapura, Kuala Lumpur, Bangkok, Taiwan dan Jepun.

    Untuk info, OneRepublic dianggotai oleh Ryan Tedder (vokalis/penulis lirik), Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Eddie Fisher (dram) dan Brent Kutzle (bes/cello/vokalis).

    OneRepublic memang popular dengan lagu Counting Stars, Secrets, Apologize dan kali terakhir membuat persembahan di Malaysia pada 25 April 2018. – Agensi

    Peminat teruja kerana OneRepublic bakal mengadakan konsert di KL, tahun depan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...