Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Celtics gantung Ime Udoka sepanjang musim NBA

    LOS ANGELES, 23 SEPT – Boston Celtics menggantung ketua jurulatih Ime Udoka untuk keseluruhan musim NBA 2022-23 kelmarin kerana ‘melanggar dasar pasukan’.

    “Keputusan mengenai masa depannya bersama Celtics selepas musim ini akan diputuskan kemudian,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan.

    “Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta.”

    Celtics tidak menyatakan pelanggaran dasar yang dilakukan oleh Udoka.

    ESPN dan The Athletic melaporkan bahawa jurutlatih Nigeria-Amerika berusia 45 tahun itu mempunyai hubungan dengan seorang kakitangan wanita Celtics yang melanggar tatakelakuan francais itu.

    Reaksi Ime Udoka semasa separuh masa pertama perlawanan bola keranjang NBA menentang Charlotte Hornets, di Boston, 2 Februari 2022. – AP

    Hukuman itu, antara yang paling berat pernah dikenakan ke atas ketua jurulatih NBA, ketika latihan pra musim Celtics bakal dimulakan minggu hadapan.

    Dalam satu kenyataan yang diperoleh ESPN, Udoka berkata dia menerima keputusan Celtics.

    “Saya ingin memohon maaf kepada pemain, peminat, seluruh organisasi Celtics, dan keluarga saya kerana mengecewakan mereka,” kata Udoka. “Saya minta maaf kerana meletakkan pasukan dalam situasi sukar ini, dan saya menerima keputusan pasukan.

    “Sebagai menghormati semua yang terlibat, saya tidak akan mengulas lanjut.”

    Penolong jurulatih Joe Mazzulla akan bertindak sebagai jurulatih sementara untuk kempen 2022-23, lapor ESPN.

    Penolong utama Udoka musim lalu, Will Hardy, meninggalkan Celtics pada Jun untuk menjadi jurulatih Utah Jazz.

    Udoka menggantikan Brad Stevens sebagai jurulatih musim lalu selepas Stevens dinaikkan pangkat sebagai presiden operasi bola keranjang berikutan pemergian Danny Ainge.

    Udoka bermain tujuh musim di NBA, empat musim terakhir bersama San Antonio sebelum kariernya berakhir pada 2011. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...