Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Ops Sepadu catat pelbagai kesalahan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengeluarkan 11 kompaun atas pelbagai kesalahan manakala Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) mengesan 12 kesalahan semasa Operasi Sepadu sekatan jalan raya di kawasan Kampung Layong, Daerah Tutong pada 12 Julai lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, kompaun yang dikeluarkan adalah bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya Penggal 68 seperti kesalahan memasang tabir atau pelekat plastik filem, tayar nampak benang, tidak mempunyai lesen memandu, bunyi ekzos bising serta beberapa kesalahan lagi.

    Manakala itu, JPD mendapati kesalahan tayar botak, lebih muatan, tidak menutup muatan dan beberapa kesalahan lagi. Operasi yang bermula pada waktu pagi itu melibatkan pegawai dan keanggotaan daripada Balai Polis Lamunin, PPDB, Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan JPD, dengan diketuai oleh Pegawai Siasatan Lalu Lintas Daerah Polis Tutong, Penolong Penguasa Polis, (ASP) Ivy Han.

    Kenyataan menyatakan, operasi sedemikian akan terus berjalan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan elemen-elemen yang berbaur jenayah ataupun yang berkaitan dengan kesalahan akta lalu lintas akan sentiasa dibendung, dibanteras dan diambil tindakan dengan sewajarnya.

    Anggota polis membuat pemeriksaan semasa Operasi Bersepadu sekatan jalan raya yang diadakan di kawasan Kampung Layong, Daerah Tutong pada 12 Julai lalu. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...