Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Osaka melangkah ke separuh akhir

    MIAMI, 30 MAC – Naomi Osaka melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Terbuka Miami selepas mempamerkan satu lagi aksi mengagumkan selepas pemain kelahiran Amerika Syarikat (AS), Danielle Collins disingkirkan daru Stadium Hard Rock, kelmarin.

    Pemain bintang Jepun itu masih belum ditewaskan dalam set pada kejohanan ini, mencatat kemenangan dengan keputusan 6-2, 6-1 dan akan bertemu pemenang pingat emas Olimpik dari Switzerland, Belinda Bencic di pusingan empat pemain terakhir.

    Collins, yang kelihatan bergelut dengan kecederaan leher dan mengalami jangkitan virus, akan kembali ke kedudukan 10 teratas apabila senarai ranking diumumkan pada Isnin selepas seketika disenaraikan berikutan saingannya di final Terbuka Australia awal tahun lalu.

    Tetapi Osaka, pemenang Grand Slam empat kali, berada dalam prestasi terbaik di selatan Florida dan pihak lawan terpaksa berusaha keran untuk menghentikannya sekiranya ingin menafikan Osaka daripada meraih gelaran pada hujung minggu ini.

    “Saya berharap dia dalam keadaan baik,” kata Osaka selepas kemenangan ke atas Collins.

    “Ini merupakan perlawanan pertama saya jadi saya tidak tahu apa keadaan akan terjadi tetapi saya merasa baik dan peminat sangat luar biasa,” tambah Osaka yang membuat 12 pukulan ace dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam.

    Bencic, pemain ranking 28 dunia, yang menewaskan lawannya dari Australia, Daria Saville dengan keputusan 6-1, 6-2, berkata, “Saya sebelum ini pernah bermain menentang Osaka, jadi satu tahu bagaimana perasaannya untuk bermain melawannya.

    “Saya sangat gembira kerana mencapai keputusan yang hebat di sini dan selebihnya merupakan bonus. Saya akan menikmati perlawanan dan melakukan yang terbaik.”

    Hari ini, baki perlawanan suku akhir WTA, akan menyaksikan pertemuan pemain AS, Jessica Pegula akan bermain menentang Paula Badosa dari Sepanyol sementara Petra Kvitova dari Republik Czech akan bertemu pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek dari Poland.- AFP

    Reaksi Naomi Osaka bersedia untuk menyambut bola semasa pertemuan menentang Danielle Collins di Terbuka Miami, kelmarin.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...