Sunday, May 19, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Pacquiao bakal bertarung di Korea Selatan demi Ukraine

    SEOUL, 11 OKT – Peninju hebat Filipina Manny Pacquiao akan bertarung dalam perlawanan pertunjukan di Korea Selatan pada musim sejuk ini bagi mengumpul dana untuk negara dilanda perang, Ukraine, umum penganjur acara itu kelmarin.

    Pacquiao, satu-satunya juara dunia divisyen lapan dalam sejarah tinju akan menentang ahli seni pertahanan diri Korea Selatan DK Yoo pada 11 pagi 11 Disember di Pusat Pameran Antarabangsa Korea (KINTEX) di Goyang, lapor agensi berita Yonhap.

    Hasil daripada perlawanan itu akan didermakan untuk bantuan dan pemulihan di Ukraine.

    Kali terakhir Pacquiao, 43, mengadakan perlawanan rasmi ialah pada Ogos 2021. Pertandingan pertunjukan ini akan mengikuti peraturan tinju enam pusingan dua minit. Kedua-dua peserta akan memakai sarung tangan 10 auns.

    “Saya gembira dan teruja atas peluang ini,” kata Pacquiao pada sidang media di Seoul bagi mengumumkan butiran perlawanan itu. Pertarungan adalah yang sebenar. Kami akan cuba mengalahkan satu sama lain. Itu sebab kami perlu bekerja keras,” katanya.

    Ahli politik Filipina dan bekas peninju Manny Pacquiao (kanan) bergambar bersama ahli seni pertahanan diri D.K. Yoo (kiri) semasa satu sesi sidang media di Seoul, kelmarin.

    Pacquiao berkata beliau akan menggunakan pertarungan ini untuk memutuskan sama ada akan kembali ke arena tinju profesional atau kekal untuk perlawanan pertunjukan sahaja.

    “Ia bergantung. Kita akan lihat keputusan pada 11 Disember,” kata Pacquiao sambil tersenyum. Rekod kerjayanya ialah 62 kemenangan (39 KO), lapan kalah dan dua seri.

    Sementara itu, Yoo yang telah menambah bilangan pengikut yang ramai di YouTube menerusi klip yang menunjukkan teknik pertarungan, berkata beliau menyahut cabaran untuk bertarung dengan seorang yang hebat sepanjang zaman.

    “Jelas sekali, saya sedar Pacquiao menjadi pilihan,” kata Yoo yang tewas kepada bekas pejuang Ultimate Fight Championship (UFC) Bradley Scott dalam perlawanan tinju tahun lalu.

    “Namun, saya lebih besar dan saya berharap dapat memanfaatkan kelebihan itu. Saya tidak memikirkan keputusannya sekarang. Matlamat saya adalah untuk berlatih bersungguh-sungguh dan menunjukkan kepada atlet hebat seperti Pacquiao, kemampuan saya,” katanya.

    Pacquiao berkata beliau sedar cabaran sebenar untuk melawan dengan musuh yang lebih besar.

    “Saya telah berlawan dengan lelaki yang lebih besar sejak 2000. Bukan perkara baharu bagi saya untuk melawan lelaki yang lebih besar dalam tinju.” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...