Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pantai dibuka semula selepas serangan jerung

    SYDNEY, 18 FEB – Sydney membuka semula pantainya kepada peluncur dan perenang hari ini selepas tidak menemui jerung putih gergasi yang membaham seorang perenang dalam serangan seumpamanya yang pertama di bandar itu sejak 1963.

    Jurulatih penyelam warga Britain berusia 35 tahun, Simon Nellist, dikenal pasti oleh penyiaran ABC dan media lainnya sebagai mangsa serangan pada Rabu, yang menyebabkan pihak berkuasa untuk menutup beberapa buah pantai termasuk Pantai Bondi yang ikonik.

    Nelayan dan pemain golf tidak dapat melakukan apa-apa ketika melihat seekor jerung membaham perenang sehingga mati di kawasan cerun berhampiran dalam serangan ngeri di luar pesisir Pantai Little Bay, Sydney.

    Petugas kecemasan telah menyifatkan kecederaan mangsa sebagai ‘bencana’.

    Selepas serangan itu, dron menyelusurkan laut dari udara, pemerhati turut mencuba untuk menangkap bintang tersebut, yang dipercayai berukuran kepanjangannya sekurang-kurangnya tiga meter.

    Tetapi jerung itu gagal dikesan.

    “Tiada kelibat jerung di kawasan ini, jadi pantai kini dibolehkan untuk dibuka semula 18 Februari,” kata datuk bandar kawasan kerajaan tempatan Randwick, Sydney, Dylan Parker semasa malam sebelum pembukaan semula. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...