Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Parlimen EU haramkan Tiktok

    BRUSSELS, 1 MAC – Parlimen Eropah telah memberitahu kakitangannya untuk menghapuskan aplikasi TikTok daripada peranti yang digunakan untuk kerja kerana kebimbangan perlindungan data, selepas langkah serupa diambil oleh badan pentadbir utama EU minggu lalu.

    Presiden parlimen, Roberta Metsola, dan setiausaha agung, Alessandro Chiocchetti, memutuskan TikTok tidak boleh digunakan atau dimuat turun pada peranti kakitangan seperti telefon bimbit, tablet atau komputer riba mulai 20 Mac, menurut nota yang dikeluarkan kelmarin.

    “Setakat tarikh ini, akses web kepada TikTok melalui rangkaian korporat kami juga akan disekat,” kata ketua pengarah inovasi dan sokongan teknologi parlimen dalam nota kepada sekitar 8,000 kakitangan institusi itu.

    Ia juga sangat mengesyorkan kakitangan mereka menghapuskan TikTok daripada peranti peribadi mereka.

    Suruhanjaya Eropah, cabang eksekutif blok itu, dan Majlis Eropah, yang mewakili 27 negara anggota EU, mengarahkan larangan serupa Khamis lalu atas kebimbangan keselamatan siber. Terdapat beberapa tindakan serupa dalam beberapa hari lalu berikutan langkah Amerika Syarikat (AS) terhadap platform perkongsian video popular yang dimiliki oleh syarikat China, ByteDance.

    Barat amat bimbang tentang akses China kepada data pengguna sensitif di seluruh dunia, tetapi TikTok dengan keras menafikan Beijing mempunyai sebarang kawalan atau akses.

    Rumah Putih memberi agensi persekutuan 30 hari untuk menghapuskan TikTok daripada semua peranti kerajaan selepas larangan yang diarahkan oleh Kongres AS akhir tahun lalu.

    Pada hari yang sama, kerajaan Kanada mengharamkan TikTok daripada semua telefon dan peranti lain, memetik kebimbangan perlindungan data yang sama di tengah-tengah ketegangan hubungan Kanada-China. – AFP

    Parlimen Denmark mengumumkan pada 28 Februari ia telah meminta Ahli Parlimen dan semua kakitangannya untuk menghapuskan aplikasi TikTok daripada peranti mudah alih yang disediakannya. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...