Sunday, April 28, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    PBSM agih bakul makanan Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam menerusi Badan Bertindak Bantuan Kemanusiaan, baru-baru ini telah menganjurkan Projek Ikhlas – Menyulam Kasih Ramadan 2024 bersempena dengan bulan Ramadan di Ibu Pejabat Kebangsaan PBSM Negara Brunei Darussalam, Pejabat Pos Cawangan Bunut, Jalan Haji Halus.

    Sumbangan tersebut yang merupakan keperluan makanan asasi yang telah dikumpulkan pada tahun ini akan diagihkan kepada 80 klien Perkhidmatan Psikiatri Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) termasuk keluarga pesakit kecelaruan mental yang kurang berkemampuan dengan kerjasama Jabatan Psikiatri Hospital RIPAS buat julung kalinya untuk memberikan sokongan asas keperluan harian dalam sama-sama meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga tersebut.

    Majlis dihadiri oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Moksin, selaku tetamu kehormat serta klien-klien dari Perkhidmatan Psikiatri Hospital RIPAS yang menerima bantuan.

    Majlis penyerahan bakul makanan Ramadan bertujuan untuk mengagihkan sumbangan sedekah jariah berbentuk keperluan makanan asasi seperti beras wangi, minyak masak, air mineral, biskut kering, mi segera, minuman kordial oren atau manisan dan sebagainya yang telah disumbangkan oleh rakan korporat dan orang ramai.

    PBSM juga ingin mengambil kesempatan majlis ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang dan penaja yang telah menjayakan inisiatif ini terutama rakan-rakan korporat dan juga orang awam.

    PBSM amat menghargai sokongan, kerjasama dan sumbangan yang dihulurkan oleh masyarakat umum dan rakan korporat dalam sama-sama membantu menangani dan meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka yang memerlukan.

    ATAS & BAWAH : Haji Maswadi menyampaikan sumbangan kepada penerima pada majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Kebangsaan PBSM Negara Brunei Darussalam, Pejabat Pos Cawangan Bunut, Jalan Haji Halus. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...