Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Peluang profesional HR bertukar pandangan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Dengan matlamat untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan pihak-pihak berkepentingan, Institut Kepimpinan dan Kewangan Islam Brunei (BILIF) telah menganjurkan acara HR Retreat yang berlangsung di Bangunan ILIA, Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada 28 September lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BILIF, di sini, acara itu dihadiri oleh profesional sumber tenaga manusia (HR) daripada pihak berkepentingan BILIF di institusi-institusi kewangan.

    Acara dimulakan dengan pembentangan bertajuk Global HR Challenges: New General Expectations & Challenges, dan diikuti dengan perbincangan mengenai Uncovering Hidden Needs, yang disampaikan oleh master trainer, fasilitator latihan, assessor dan jurulatih dari Malaysia, Karen Ong.

    Kemudian, acara diteruskan dengan sesi bersemuka secara persendirian yang bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta untuk mendapatkan pandangan serta membincangkan cabaran yang dihadapi di tempat kerja dengan lebih mendalam.

    Acara bermatlamat untuk menjadi platform bagi profesional HR bagi membina rangkaian dan bertukar-tukar pandangan di antara satu sama yang lain.

    Antara topik-topik yang dibincangkan adalah pengurusan kemahiran HR pelbagai generasi, pengekalan Gen Z serta perspektif tanggapan generasi baharu terhadap organisasi.

    Gambar ramai semasa acara berkenaan yang berlangsung di Bangunan ILIA, UBD. – Gambar serahan BILIF
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...