Sunday, April 28, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Pembantah lemah selepas mogok lapar tiga minggu

    BANGKOK, 6 FEB – Dua penunjuk perasaan Thailand yang ditahan di bawah undang-undang penghinaan diraja semakin lemah selepas hampir tiga minggu mogok lapar, menurut kenyataan hospital hari ini.

    Tantawan Tuatulanon dan Orawan Phupong telah menolak makanan dan kebanyakan cecair sejak 20 hari lalu untuk menggesa parti politik menyokong pemansuhan undang-undang lese majeste Thailand, serta pembaharuan keadilan yang lain.

    Tantawan, 21, dan Orawan, 23, masih sedar tetapi lemah, kata Hospital Universiti Thammasat dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook awal hari ini.

    “Organ utama seperti buah pinggang mula berfungsi dengan lebih perlahan,” kata Paruhat Torudom, pengarah hospital, memberitahu pemberita hari ini. – AFP

    Aktivis Orawan Phuphong (kiri) dan Tatawan Tuatulanon menuang cecair merah di kepala mereka semasa satu bantahan di luar Mahkamah Jenayah di Bangkok, Thailand pada 16 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...