Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Pembelian vaksin cacar monyet masih dibincangkan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan penyakit cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global dan Kementerian Kesihatan sedang mempertimbangkan vaksin yang sesuai untuk keperluan negara.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar menjelaskan perkara itu pada sidang media hari ini, ketika menjawab soalan sama ada Brunei akan mendapatkan Vaksin Imvanex yang telah dihasilkan oleh pembuat ubat Denmark yang telah diluluskan oleh Kesatuan Eropah (EU) pada tahun 2013.

    Ketika mengulas mengenai perkara itu, beliau menjelaskan pada masa ini, ia masih dalam perbincangan termasuk mendapatkan antiviral khas untuk cacar monyet, walaupun terdapat pelbagai jenis dan beberapa buah negara sedang menjayakan vaksin ini.

    Beliau seterusnya mengongsikan pandangan mengenai graf telah menunjukkan penurunan bilangan kes hari ini di mana penurunan juga dilihat pada minggu lepas.

    Katanya lagi, “Walaupun jumlah kes jangkitan semakin menurun tapi ia mengambil masa untuk ia benar-benar berada di tahap yang stabil. Namun kita berharap kes jangkitan mencapai di paras paling rendah.

    “Kita tidak menyasarkan ke angka sifar kerana endemicity ini bermaksud penyakit tersebut besar kemungkinan berada bersama kita,” jelasnya.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menjawab soalan yang diajukan pada sidang media di Kementerian Kesihatan, kelmarin. – Gambar oleh James Kon

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...