Sunday, May 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Peminat harap Puteri Sarah bercinta dengan Andi

    Kemunculan aktor dan usahawan Indonesia Andi Arsyil Rahman menerusi siaran langsung yang dibuat Puteri Sarah Liyana di platform TikTok menjadi perhatian pengikut pelakon itu.

    Mana tidaknya, Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, dilihat senang dan mesra disamping Andi sehinggakan ramai mengusik mengatakan aktor itu sepadan dengannya.

    Bagaimanapun, memetik dari mStar, Puteri Sarah nampak sedikit tertekan apabila ada sesetengah netizen yang masih mengajukan soalan tentang keberadaan suaminya meskipun umum mengetahui dia sudah pun tiga bulan bercerai dengan pengarah Syamsul Yusof.

    Malah Andi turut bertanya nama bekas suaminya sebelum pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu berseloroh menunjukkan jarinya ke arahnya.

    “Apa? Suami? Tak sukalah,” katanya.

    Sepanjang rakaman video itu, Puteri Sarah dilihat mesra dengan Andi termasuk bergurau dengan ‘memukul’ Andi ketika dia cuba bergurau dengannya.

    Peminat turut meluahkan rasa gembira dengan kebahagiaan dikecapi Puteri Sarah ketika ini dan berharap pasangan itu benar-benar menjalinkan hubungan cinta.

    “Kira jadi! Macam bercinta saja… Moga Puteri Sarah bahagia.

    “Tengok Puteri Sarah tenung orang sebelah (Andi) pun dah tahu.

    “Semoga Puteri Sarah bertemu jodoh dengan Andi. Amin,” komen netizen.

    Sebelum ini, Puteri Sarah menjelaskan hubungannya dengan Andi sekadar kawan dan rakan perniagaan selain pertemuan mereka hanya atas urusan perniagaan yang turut ditemani pengurus dan anak-anak.

    Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun jodoh mereka hanya bertahan selama semblan tahun apabila sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun. – Agensi

    Puteri Sarah sebelum ini menjelaskan hubungannya dengan Andi hanya sekadar kawan. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...