Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pencuri bot, kereta dipenjara tiga tahun

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun dipenjara tiga tahun dan diperintahkan untuk menyelesaikan denda $1,200 bagi kesalahan mencuri kereta dan bot serta memandu kereta tanpa polisi insurans yang sah.

    Muhammad Zainula’ariffin bin Alias ​​akan menjalani tambahan penjara enam minggu jika gagal membayar denda.

    Defendan juga hilang kelayakan memandu selama setahun.

    Semasa menjatuhkan hukuman terhadap defendan, Majistret Harnita Zelda Skinner berpendapat pencurian kenderaan adalah kesalahan lazim dan perlu ditangani dengan serius oleh mahkamah dengan menggesa hukuman berat.

    Pendakwa Sabrina binti Haji Mahmud mendedahkan di mahkamah bahawa pemilik kenderaan menyedari keretanya hilang dari garaj rumahnya di RPN Kampung Mentiri dan segera memfailkan laporan pada 4 September.

    Pada masa sama, anak pemilik kenderaan terserempak dengan kereta bapanya itu di sebuah rumah di Jalan Mejawa, Jerudong kira-kira jam 3:30 petang semasa usaha mencarinya.

    Namun, apabila melihat nombor plat lesen yang berbeza, dia berasa curiga, tetapi tetap menghampiri rumah itu untuk berjumpa dengan pemilik kereta tersebut.

    Defendan keluar dari rumah dan mendakwa dia telah membeli kereta tersebut.
    Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, anak pemilik pun menghubungi polis dan defendan telah ditahan.

    Pegawai Polis Muara menyiasat kes itu dan mendapati kereta tersebut memang telah dicuri oleh defendan, dengan polisi insuransnya telah tamat tempoh. Pada kejadian 23 September 2021, seorang pemilik bot mendapati bot nelayannya hilang dan segera membuat laporan polis.

    Beliau kemudian menerima maklumat daripada anak saudaranya bahawa ada seorang individu cuba menjual enjin bot. Didedahkan pada suatu malam, defendan telah mendayung bot dari Kampung Sungai Besar, Kota Batu, menuju ke sebuah ladang ikan di Pulau Keingaran.

    Setibanya di ladang ikan, dia ternampak sebuah bot berukuran 16 kaki dan dengan enjin Yamaha 40HP dan mencurinya dengan mengemudinya ke Sungai Teritip di Mentiri, membongkar enjin bot itu de-ngan bantuan orang lain.

    Defendan memberikan bot itu kepada orang lain dan mengambil enjin untuk dirinya sendiri. Siasatan polis juga mendedahkan defendan telah pergi bersama seorang lagi secara haram ke Limpaku di Limbang, Sarawak untuk menjual enjin bot itu dan memperoleh $800.

    Bagaimanapun, polis berjaya menemui kedua-dua bot dan enjin tersebut.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...