Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Penerbangan dilencongkan selepas ular ditemukan dalam pesawat

    PUTRAJAYA, 11 FEB – Satu penerbangan AirAsia ke Tawau dari Kuala Lumpur semalam (Khamis) dilencongkan ke Kuching selepas seekor ular ditemukan dalam pesawat terbabit.

    Berdasarkan video yang tular, reptilia itu dilihat bergerak di sebalik panel lampu pesawat.

    Ketua pegawai keselamatan AirAsia Kapten Liong Tien Ling yang mengesahkan insiden berkenaan menerusi satu kenyataan hari ini, menyifatkan kejadian itu sebagai sangat jarang berlaku, namun boleh terjadi kepada mana-mana pesawat.

    “Sebaik sahaja kapten penerbangan menyedari perkara itu, beliau telah mengambil keputusan untuk melencongkan penerbangan ke Kuching sebagai langkah berjaga-jaga bagi menjalankan sanitasi ke atas pesawat berkenaan,” katanya dan menambah bahawa kapten itu telah mengambil tindakan yang sewajarnya.

    “Keselamatan dan keselesaan penumpang dan kru sentiasa menjadi keutamaan kami.

    “Keselamatan penumpang dan kru tidak akan sama sekali dibiarkan dalam keadaan berisiko,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...