Sunday, April 28, 2024
25.7 C
Brunei

    -

    Penggantung selimut lengkapi movie night keluarga

    Oleh Amri HTZ –

    Berpindah ke kediaman baharu setentunya memerlukan banyak persiapan dan wang ringgit bagi menghiasinya dengan pelbagai perabot untuk mendapatkan suasana nyaman dan selesa.

    Selain dengan cara membelinya, ia juga boleh direka sendiri terutama yang mempunyai struktur ringkas. Sebagai idea tambahan untuk membantu awda menghiasi ruang rumah, projek DIY ini akan mengajarkan langkah pembuatan penggantung selimut yang juga bermanfaat ketika menonton rancangan pilihan dalam ruang dilengkapi alat penyaman udara.

    Sedia lebih awal barangan

    Kepingan papan
    Pelindung kayu (wood finish)
    Gam kayu
    Skru
    Pita pengukur
    Mesin pemotong kayu
    Mesin router
    Kertas pasir
    Pengapit kayu

    LAKAR PELAN REKAAN

    Dengan melakar pelan rekaan sebagai panduan pada langkah awal, ia akan memudahkan awda mengetahui dan menandakan bahagian-bahagian yang terdapat pada rangka utama.

    Selain dengan cara melakar menggunakan pensel, ia juga boleh dilakukan menggunakan perisian komputer untuk yang mahir menggunakannya. (Gambar 2)

    Setelah melakar pelan, mulakan dengan membelah kayu 1 x 6 x 5 inci untuk mendapatkan dua batang kayu berukuran 1 x 1.875 x 5 inci (kemudian dipotong lagi untuk bahagian penggantung dan pendakap). Ini diikuti dengan memotong papan untuk mendapatkan dua keping papan 1 x 8 x 46 inci dua keping untuk side rail, dan enam keping papan dengan lebar 1.875 inci dan 18 inci panjang daripada kayu 1 x 1.875 x 5 inci sebelumnya. (Gambar 3)

    Gambar 1. – GAMBAR OLEH MRERDREICH
    Gambar 2. – GAMBAR OLEH MRERDREICH
    Gambar 3. – GAMBAR OLEH MRERDREICH
    Gambar 4. – GAMBAR OLEH MRERDREICH
    Gambar 5. – GAMBAR OLEH MRERDREICH
    Gambar 6. – GAMBAR OLEH MRERDREICH
    Gambar 7. – GAMBAR OLEH MRERDREICH
    Gambar 8. – GAMBAR OLEH MRERDREICH
    Gambar 9. – GAMBAR OLEH MRERDREICH
    Gambar 10. – GAMBAR OLEH MRERDREICH
    Gambar 11. – GAMBAR OLEH MRERDREICH

    Selesai memotongkannya, langkah seterusnya ialah membentuk dua sudut (bahagian depan) side rail menjadi membulat menggunakan pahat kayu atau mesin kertas pasir.

    Terlebih dahulu gunakan templat untuk melakar bentuk membulat yang sama bagi kedua-dua kayu side rail. Keseluruhan sudut kepingan kayu tersedia kemudiannya juga akan dibulatkan menggunakan mesin router dengan round over bit. Langkah ini bagi memastikan hasil akhir yang tampak profesional selain membuangkan sudut yang menajam. (Gambar 4)

    TEBUK KAYU GUNA DRILL PRESS

    Langkah seterusnya ialah menebuk kayu bahagian pendakap dengan lubang bagi memudahkan rekaan digantungkan nanti. Dua batang kayu dengan lebar 1.875 inci dan 18 inci panjang daripada enam batang akan ditebuk terlebih dahulu. (Gambar 5)

    Sementara empat batang lagi akan ditebuk pada kedua-dua bahagian hujungnya untuk menempatkan skru ketika proses mencantumkannya dengan side rail nanti. Untuk langkah ini, pocket hole jig akan digunakan memandangkan lubang yang tebuk dalam kedudukan mencondong. Dengan jig ini, awda akan mendapatkan kedudukan lubang yang sempurna berbanding dilakukan secara bebas. (Gambar 6)

    CANTUMKAN KESELURUHAN BAHAGIAN

    Setelah menebuknya, cantumkan kayu-kayu tersebut pada bahagian dalam kayu side rail menggunakan skru. Terlebih dahulu sapukan gam kayu pada sudut cantuman dalam menyokongnya sekali gus menjadikannya lebih kukuh. (Gambar 7)

    Sebagai peringatan, kedudukan empat batang kayu dengan lebar 1.875 inci dan 18 inci panjang untuk mengantungkan selimut nanti mempunyai kedudukan yang tidak sama seperti anak tangga. Ini bagi memastikan selimut yang digantung nanti tidak bersentuhan di antara satu dengan lain. Oleh itu ketika menetapkannya pada side rail, pastikan setiap kedudukannya berlainan tetapi pada jarak yang seimbang. (Gambar 8)

    Bagi kayu bahagian pendakap, ia akan dicantumkan dengan cara menebuk bahagian sisi side rail dengan dua lubang setiap bahagian hujung kayu. Dalam menyembunyikan lubang tersebut, wood plug akan dimasukkan setelah skru diketatkan. (Gambar 9)

    LINDUNGI PERMUKAAN KAYU

    Apabila kesemua bahagian telah dicantumkan, langkah seterusnya ialah mewarnakan permukaan kayu sesuai dengan warna perabot digunakan dalam sesebuah ruangan. Wood stain berwarna gelap akan digunakan diikuti dengan finishing wax untuk melindungi permukaan kayu. Dua cara boleh digunakan untuk menyapukannya iaitu dengan berus atau hanya menggunakan kain. (Gambar 10)

    Dengan rekaan berjaya disempurnakan, langkah terakhir ialah menetapkannya pada dinding ruang pilihan. Tebuk lubang sesuai kedudukan pada kayu pendakap dan masukkan skru untuk menetapkannya. Langkah terakhir ini sudah membolehkan awda menggantungkan selimut sama ada untuk penggunaan peribadi mahupun khusus pengunjung yang bertandang ke rumah. (Gambar 11)

    Tip rekaan

    Selain penggunaan wood stain dan wax, varnis juga boleh digunakan untuk melindungi kayu.

    Gosok keseluruhan permukaan kayu sebelum menyapukan wood finish pilihan untuk
    mendapatkan permukaan halus.

    Amalkan sikap ‘ukur dua kali, potong sekali’ bagi mengelakkan kesalahan dalam pemotongan kayu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...