Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Bekas jurulatih China didakwa terima rasuah

    BEIJING, 28 MAC- Bekas jurulatih China dan bekas pemain tengah Everton, Li Tie dibicarakan atas dakwaan rasuah, kelmarin, kata media kerajaan, sebahagian daripada tindakan keras terhadap amalan rasuah dalam bola sepak di negara itu.

    Bekas ketuanya, Pengerusi Persatuan Bola Sepak China, Chen Xuyuan, turut dipenjara seumur hidup pada minggu ini kerana menerima rasuah bernilai AS$11 juta.

    Li, yang merupakan jurulatih China dari Januari 2020 hingga Disember 2021, dituduh memberi dan menerima rasuah, kata penyiar tempatan, CCTV.

    Li, yang bermain dalam Liga Perdana Inggeris sebanyak 34 kali antara tahun 2002 dan 2004, dipaparkan dalam dokumentari siaran CCTV mengenai rasuah yang meluas dalam bola sepak China pada Januari lalu.

    Dalam dokumentari itu, Li berkata dia telah mengatur rasuah bernilai hampir AS$421,000 untuk mendapatkan jawatan ketua jurulatih, dan membantu mengatur perlawanan ketika dia menjadi jurulatih kelab dalam Liga Super China.

    “Saya minta maaf. Saya sepatutnya berfikir dengan lebih waras dan mengikut jalan yang betul,” kata Li.

    “Ada perkara tertentu yang pada masa itu menjadi amalan biasa dalam bola sepak,” tambahnya.

    Li juga pernah bermain hampir 100 perlawanan untuk China. – AFP

    Li Tie sewaktu menghadiri sidang media di Beijing pada Januari, 2020 lepas. Li Tie dibicarakan atas tuduhan rasuah, kelmarin.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...