Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pergi tengok wayang – Anwar

    KAJANG, 23 NOV – “Pergi tengok wayang,” itu reaksi berseloroh Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diajukan soalan destinasi yang ditujunya selepas keluar dari rumahnya di Sungai Long di sini hari ini.

    Kenderaan yang membawa Presiden PKR itu kemudian meninggalkan kediamannya pada kira-kira 11.22 pagi.

    Isteri Anwar iaitu Pengerusi Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga sempat menyapa petugas media yang berkampung di depan rumahnya sebelum beredar pukul 11:15 pagi untuk melawat seorang ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang sedang menjalani rawatan di hospital akibat kemalangan sewaktu berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

    A waiting game,” kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu ringkas apabila mengulas mengenai perkembangan politik semasa negara yang diibaratkan sebagai permainan menunggu.

    Semalam, Anwar dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara setelah tiada Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan. – Bernama

    Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pejabatnya selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, baru-baru ini.- Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...