Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Perkhidmatan e-Darussalam catatkan peningkatan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Terdapat peningkatan jumlah pendaftaran akaun e-Darussalam yang baharu iaitu sebanyak 70 peratus dari tahun sebelumnya dan setakat Januari 2022, sebanyak 280,077 akaun didaftarkan dan 170,963 akaun yang telah aktif.

    Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof berkata, statistik ini menunjukkan kadar penggunaan perkhidmatan kerajaan melalui e-Darussalam terus meningkat.

    Beliau mengongsikannya semasa membentangkan peruntukan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) bagi tahun kewangan 2022/2023, pada hari keenam permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Dewan Majlis, hari ini.

    Yang Berhormat Dato berkata, secara keseluruhan, untuk lebih menggerakkan transformasi digital bagi sektor kerajaan dengan berteraskan pendekatan whole of-government, pihak MTIC dan Jabatan Perdana Menteri telah menubuhkan Digitization Policy Taskforce.

    “Taskforce ini bertanggungjawab untuk meneliti penggubalan akta dan dasar yang perlu dikemas kini dalam mendukung usaha Kerajaan dalam merealisasikan ke arah Kerajaan Digital,” jelas beliau.

    Menurut Yang Berhormat Dato lagi, perhatian serius turut diberikan bagi mengembang luaskan transformasi digital di sektor swasta di mana dua Bengkel Pendigitalan Industri telah diadakan bagi membincangkan penyediaan Pelan Transformasi Digital untuk sektor-sektor industri yang telah dikenal pasti.

    “Bengkel mendigitalkan industri bagi lapan lagi sektor perindustrian yang tersenarai dalam Pelan Induk Ekonomi Digital 2025, akan disasarkan selesai pada Jun 2022,” jelasnya.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib semasa menghadiri permesyuaratan MMN secara dalam talian. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...