Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Permainan beyblade pupuk semangat kekeluargaan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JAN – Mengadakan perlawanan beyblade dalam kalangan ahli keluarga dapat memupuk semangat silaturahim di samping menggalakkan mereka untuk teranah di rumah ketika Fasa Awal Endemik lebih-lebih lagi pada hujung minggu.

    Menurut DBos Beys Bey-blade Brunei Darussalam, permainan beyblade juga dapat memberikan keseronokan dan keceriaan terutama kanak-kanak kerana ia merupakan salah satu peluang untuk mereka bermanja bersama ibu bapa dan adik beradik.

    Permainan beyblade mula diminati di negara ini sekitar 2013 di mana ia mula di perkenalkan pada 1999 di Jepun.

    Kini, terdapat bermacam-macam jenis beyblade dijual di negara ini di mana ia boleh didapati dengan mudah pada harga yang berpatutan.

    Permainan beyblade di hujung minggu bukan sahaja dapat meningkatkan semangat kekeluargaan malahan menggalakkan ahli keluarga teranah di rumah. – Gambar serahan DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...