Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Peru dilanda gempa 7.2 magnitud

    LIMA, 26 MEI – Gempa bumi kuat berukuran 7.2 magnitud telah menggegarkan tenggara Peru hari ini, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), dengan pihak berkuasa Peru menambah tidak ada korban jiwa mahupun mangsa cedera.

    Gempa bumi melanda pada jam 7:02 pagi dengan kedalaman 218km, menurut USGS. Pusat Seismologi Nasional Peru berkata gempa berukuran 6.9 magnitud dengan kedalaman 240km.

    Pusat gempanya 20km di timur laut bandar Azangaro, dekat dengan Tasik Titicaca di sempadan dengan Bolivia.

    Pihak berkuasa Peru mengatakan gempa menyebabkan gelombang kejutan yang dapat dirasakan di rantau barat daya bersempadan dengan Chile. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...