Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pesara Jabatan Tanah imbau kenangan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Bekas-bekas pegawai dan kakitangan Jabatan Tanah berpeluang mengimbas kembali kenangan semasa bertugas di jabatan berkenaan pada pertemuan semula yang diadakan di Rimba Garden Central, baru-baru ini.

    Ia merupakan pertemuan kali kedua yang diadakan setelah pertemuan pertama menjadi inspirasi untuk mengadakannya lagi.

    Pertemuan ini bermatlamat untuk menarik lebih ramai penyertaan pesara Jabatan Tanah di samping dapat mengumpulkan semula rakan seperjua-ngan yang telah lama terpisah dan tidak berhubung.

    Pada pertemuan itu, bekas-bekas pegawai dan kakitangan berpeluang bertanya perkembangan masing-masing selain mengimbas kembali kenangan bekerja bersama.

    Dengan acara itu juga diharap akan menjadi titik permulaan dan motivasi untuk terus merancang apa juga akti-viti bermanfaat yang setentunya dapat mengekalkan hubungan baik dan silaturahim dalam kalangan pesara jabatan berkenaan.

    Acara tersebut diisi dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah sebagai mengenang jasa bekas-bekas pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan dan rakan-rakan seperjuangan yang telah kembali ke rahmatullah seterusnya Doa Kesyukuran sebagai tanda syukur kerana dapat mengumpulkan semula pesara-pesara yang telah lama terpisah.

    Gambar ramai pesara Jabatan Tanah semasa acara pertemuan semula itu. – Gambar serahan Pesara Jabatan Tanah
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...