Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Petronas, Mitsui teroka peluang pengangkutan CO2

    KUALA LUMPUR, 9 FEB – Petronas telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat perkapalan global terkemuka Mitsui O.S.K. Lines, Ltd. (MOL) untuk bersama-sama meneroka peluang dalam pengangkutan karbon dioksida cecair (CO2) untuk rantaian nilai penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di rantau Asia Pasifik dan Oceania.

    MoU itu ditandatangani semasa majlis maya pada 7 Feb, 2022 oleh Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas, Adif Zulkifli bagi pihak Petronas manakala MOL pula oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Takeshi Hashimoto.

    “Kerjasama ini penting kerana pengangkutan CO2 cecair jarak jauh memainkan peranan penting dalam rantaian nilai CCUS.“Kami yakin rekod cemerlang MOL, ditambah dengan pengambilalihannya ke atas Larvik Shipping AS baru-baru ini yang telah mengangkut CO2 dengan selamat selama lebih 30 tahun, akan meletakkan kedua-dua Petronas dan MOL sebagai peneraju di rantau ini untuk pengangkutan jarak jauh CO2 cecair,” kata Adif dalam satu kenyataan hari ini.

    Beliau berkata Petronas sedang mengambil langkah-langkah untuk membina portfolio yang berdaya tahan dan mampan sejajar dengan strategi pertumbuhannya, menyampaikan penyelesaian berkesan dengan jejak karbon yang lebih rendah melalui kecemerlangan komersial dan operasi, penjanaan tenaga boleh diperbaharui dan inovasi teknologi.

    Petronas turut menyokong peralihan ke arah sumber tenaga karbon yang lebih rendah dengan menggunakan teknologi yang mengurangkan pelepasan merentasi rantaian nilai, termasuk penangkapan, pengangkutan dan penyimpanan karbon. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...