Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Poland sedia hadapi Wales

    LONDON, 26 MAC – Pengurus Poland, Michal Probierz berkata pasukannya telah membuat persediaan rapi untuk perlawanan play-off Euro 2024 menentang Wales di Cardiff pada Selasa nanti.
     
    “Saya yakin kami kuat dari segi mental dan bersedia untuk perlawanan ini,” kata Probierz pada sidang media pra-perlawanan.
     
    “Kami membuat banyak pilihan dan telah memerhati ramai pemain dan perlawanan ini akan menjadi rumusan kerja enam bulan kami.
     
    “Semasa dua kem latihan pertama ramai pemain tidak bermain dan ramai yang cedera.
     
    “Tetapi kami telah berusaha membina pasukan untuk menjadi dominan dan mengekalkan bola,” tambahnya.
     
    Probierz mengambil alih pasukan Poland pada September lalu apabila Fernando Santos dipecat berikutan kekalahan kepada Moldova dan Albania.Jurulatih berusia 51 tahun itu meminta penyerang Barcelona, Robert Lewandowski untuk mengetuai barisan pada hari ini. 
     
    Selain itu, dia juga memanggil penjaga gol Juventus, Wojciech Szczesny, pemain tengah Napoli, Piotr Zielinski dan pemain pertahanan Southampton, Jan Bednarek dalam pasukan Poland untuk kali ini.
     
    “Wales mempunyai ramai pemain muda dengan kepantasan dan kualiti, pemain seperti (Daniel) James dan (David) Brooks.
     
    “Mereka bagus dalam serangan balas dan akan menggunakannya, tetapi saya percaya kami akan menang jika kami dapat menunjukkan kekuatan kami,” ujarnya. – AFP
     
    Aksi Robert Lewandowski dalam sesi latihan menjelang perlawanan bola sepak play-off EURO 2024 menentang Wales, di Stadium Cardiff City, Wales, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...