Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Popovici cipta rekod Eropah

    ROM, 14 OGOS – Perenang muda berusia 17 tahun David Popovici yang sebelum ini dikatakan mampu mencabar rekod dunia miliknya dalam acara 100 meter (m) gaya bebas di Rom berjaya membuktikan kemampuannya apabila meraih emas dengan rekod baharu dunia.

    Pada Jumaat lalu, atlet Romania itu menjadi perenang keempat dalam sejarah berjaya mencatatkan masa di bawah 47 saat (s) untuk mencipta rekod Eropah dan memenangi saingan separuh akhir di Kejohanan Eropah yang berlangsung di Rom.

    Catatan itu setengah saat lebih pantas daripada masa ketika dia meraih emas di Kejohanan Dunia pada Jun lalu.

    Semalam, dia mencatatkan 46.86s kurang 0.05s untuk mengatasi rekod dunia yang ditempa perenang Brazil, Cesar Cielo di Kejohanan Dunia pada 2009 di Rom ketika era pakaian renang yang semakin berteknologi.

    Masa terpantas dalam sut tekstil ialah 46.96s yang direkodkan juara Olimpik Amerika, Caeleb Dressel pada Kejohanan Dunia 2019.

    “Semalam saya berkata bahawa rekod Eropah hanyalah satu langkah ke arah yang betul dan saya betul. Tidak tergesa-gesa dan saya perlu bersabar mengenai rekod dunia itu,” katanya selepas kemenangannya.

    Jurulatihnya, Adrian Radulescu berkata dia juga berasa terkejut dengan perkembangan yang dicatat Popovici. – AFP

    Pemenang pingat emas David Popovici bergambar di podium selepas menang dan mencatat rekod dunia acara gaya bebas 100m Kejohanan Akuatik Eropah di Rom pada 13 Ogos 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...