Saturday, May 18, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Presiden baharu India angkat sumpah

    NEW DELHI, 25 JULAI – Presiden baharu India Droupadi Murmu, seorang ahli politik wanita berusia 64 tahun daripada masyarakat asli berkata pemilihannya untuk jawatan tertinggi di negara itu menunjukkan golongan miskin di India juga boleh memasang impian.

    Murmu mengangkat sumpah sebagai presiden pada majlis yang diadakan di dewan parlimen di New Delhi hari ini.

    “Pemilihan saya membuktikan fakta bahawa orang miskin di India juga boleh mempunyai impian dan juga menggapainya,” kata Murmu.

    “Melihat kembali kepada latar belakang saya, ia umpama mimpi untuk saya mendapat pendidikan rendah. Meskipun banyak halangan, keazaman saya tetap utuh sehingga menjadi gadis pertama di kampung saya untuk melanjutkan pelajaran ke kolej,” kata Murmu.

    Beliau menggantikan Ram Nath Kovind sebagai ketua negara India.

    Presiden baharu, Droupadi Murmu di samping presiden Ram Nath Kovid (kanan) yang bakal bersara bergambar di istana presiden di New Delhi. – AFP

    Murmu anak kelahiran sebuah perkampungan puak asli di negeri timur Odisha pernah menjadi guru sekolah sebelum menyertai politik.

    “Jawatan presiden ini bukanlah pencapaian peribadi saya, sebaliknya merupakan pencapaian setiap orang miskin di India,” kata Murmu.

    Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai gabenor negeri Jharkhand antara 2015 dan 2021.

    Beliau juga merupakan presiden wanita kedua India selepas Pratibha Patil, yang penggal lima tahunnya berakhir pada 2012.

    Murmu, calon parti pemerintah Parti Bharatiya Janata (BJP) menewaskan calon pembangkang Yashwant Sinha, bekas menteri persekutuan, dalam pemilihan minggu lalu.

    Presiden India dipilih oleh anggota dewan secara undi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...