Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Promosi kehidupan mampan dalam komuniti tempatan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan Porsche Brunei

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia dan ulang tahun ke-25 pada tahun ini, Porsche Brunei telah menyumbang kembali kepada masyarakat dan alam sekitar dengan membina sebuah kebun komuniti untuk kejiranan Kampung Bolkiah B, di ibu negara, di bawah inisiatif Dream Together.

    Menurut Pengurus Besar Porsche Brunei, Lahiru De Silva, “Tanggungjawab ekologi dan kejayaan ekonomi berjalan seiring di Porsche.

    “Inisiatif Dream Together menekankan semangat perintisan Porsche, dise-padukan dengan tanggungjawab terhadap alam sekitar dan masyarakat kita. Pada tahun 2030, Porsche menyasarkan untuk menjadi neutral karbon dioksida (CO2) dalam keseluruhan rantaian nilai dan kitaran hayat kenderaan baharu yang dijual.”

    Melalui inisiatif itu, Porsche Brunei berusaha untuk mempromosikan kehidupan mampan dalam komuniti tempatan. Dalam membina kebun komuniti bersama-sama penduduk Kampung Bolkiah, Porsche Brunei berhasrat untuk memupuk rasa tanggungjawab dan pemilikan ke arah habitat yang lebih hijau.

    Kebun komuniti itu terletak di Pusat Komuniti Yayasan di kampung tersebut, dan berfungsi sebagai ruang selamat untuk kanak-kanak di kawasan itu belajar, bermain dan bersosial.

    Sementara kebun itu akan membantu memelihara alam semula jadi dan memanfaatkan alam sekitar melalui penyerapan karbon, aktiviti penanaman juga diharap dapat memupuk minda yang mementingkan alam sekitar dalam generasi akan datang dari usia muda.

    Selain itu, Inisiatif Dream Together juga bertujuan untuk menyumbang kepada pencapaian Wawasan Brunei 2035.

    Menjelang tahun 2035, negara berhasrat untuk diiktiraf di seluruh dunia atas pencapaian rakyatnya, kualiti hidup yang tinggi serta ekonomi kukuh yang dinamik dan mampan.

    Tema Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun ini adalah ‘Hidup Secara Mampan dalam Harmoni dengan Alam Semula Jadi’ dengan slogan kempen Only One Earth.

    Lahiru De Silva bergambar ramai bersama peserta pada acara tersebut.
    Salah seorang kanak-kanak mengambil bahagian dalam inisiatif membina kebun komuniti di Pusat Komuniti Yayasan, Kampung Bolkiah B kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...