Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Promosi Sungkai Plated di The Brunei Hotel

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Sempena kedatangan bulan Ramadan yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi, The Brunei Hotel dan Yelo akan menawarkan Sungkai Plated pada harga yang berpatutan bermula pertengahan April depan.

    Sementara itu, pengamal media hari ini berpeluang merasa hidangan Sungkai Plated yang bakal dihidangkan kepada pelanggan yang akan bersungkai di hotel berkenaan.

    Orang ramai akan berpeluang menikmati pelbagai hidangan istimewa semasa promosi itu termasuk kambing panggang dengan sos pilihan cendawan dan lada sulah yang mana hidangan berkenaan disajikan setiap hari selain buah kurma.

    Pengurus Besar The Brunei Hotel, Andy Goh menjelaskan, promosi sungkai kali ini berbeza daripada tahun sebelum ini, di mana ia disajikan dalam konsep bufet tapi untuk kali ini ia berkonsepkan plated.

    Untuk kali ini, pelanggan akan menikmati hidangan bersungkai mereka dengan lebih santai dan tenang serta tidak perlu berganjak dari tempat duduk dengan hidangan pilihan akan dihantar ke meja-meja mereka.

    Menu hidangan juga akan bertukar setiap hari untuk memberikan banyak pilihan dan pengalaman kepada pelanggan dan antara hidangan yang disajikan seperti sate ayam dan daging, popia, soto ayam, sup, cucur sayur dan kuih-kuih tradisional serta moden.

    Manakala itu, hidangan utama termasuk daging, ayam, ikan, sayur dan pelbagai pilihan nasi yang membawa cita rasa tempatan selain pencuci mulut seperti bubur cha cha termasuk minuman bandung dan teh tarik panas.

    Kambing panggang yang pastinya dinanti-nantikan ramai.
    Antara hidangan yang akan disajikan dalam promosi Sungkai Plated The Brunei Hotel dan Yelo.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...